Tahun 2013 saya ditugaskan menjadi guru kelas 3 jaya. Tingkat 3 , di blok lama. Cabaran....tak jadi masalah. Dengan penuh bersemangat sebelum sesi persekolahan bermula tahun 2013 saya dah membawa anak-anak untuk membantu menghias kelas. Alhamdulillah hari pertama dah siap walau tak sepenuhnya. Sekurang- kurangnya murid gembira ....guru yang masuk mengajar pun rasa selesa. Selepas rehat hari pertama dapat pujian dari guru besar. Sebelum balik gpk 1 ucap tahniah.....alhamdulillah, hilang rasa penat. Anak murid pun bagi respon positif, bagi sokongan lagi untuk hias kelas.
No comments:
Post a Comment