Monday, June 3, 2013

Percutian yang tidak dirancang

Cuti pertengahan penggal kali ni memang tak rancang untuk berjalan jauh.  Tiba-tiba selepas ke melaka untuk majlis perkahwinan anak saudara suami, kami sekeluarga terus ke kuantan......kononnnya tak mahu pergi jauh2.  Hampir tiba di bandar kuantan, saya menelefon beberapa hotel. Hampa semua penuh....terus ke cherating, satu demi satu resort saya singgah dari ygmurah hingga yang mahal, tak ada yang kosong juga. Teruskanlagi perjalanan, akhirnya sampai di terengganu.  Tempat yang biasa kami bermalam penuh, alhamdulillah ada lagi dua bilik kosong di marang village.  Walaupun harga agak mahal jika dibanding dengan keluasannya.....ok ajelah, dah penat tak sabar nak berehat.  Pagi hari kedua terus bertolak ke kelantan....sasarannya wakaf che yeh.  Bermalam di holiday villa, junior suite....selesa untuk kami satu family. Biasalah anak2 pasti bosan, shopping memanjang, petangnya layan dulu anak2 di kolam renang.  Esok dah booking impuana resort cherating......harap tidak menghampakan