Wednesday, February 13, 2013

Padang Besar

Dah lama tak update blog.  Cerita pun masih cerita lama tapi belum sempat untuk kongsikan.  Tahun lepas, balik dari Langkawi, saya dan family tak lepaskan peluang untuk pergi ke Padang Besar.  Dah tak jauh....sekali-sekala pergi tak singgah rugi.  Sampai dah lebih kurang jam 2 ptg....kalau terus pergi shopping sure sampai petang.  Jadi kami sekeluarga ambil keputusan untuk cari tempat penginapan.  Tak payah pening-pening..mmg dah sedia dari awal.  Telefon Teratai Putih Resort....alhamdulillah ada bilik kosong.  Lokasinya, lbh kurang 10 minit untuk sampai ke tempat membeli belah di Padang Besar.
Tempatnya cantik....tak tipu, tengok foto kat bawah.  Harganya berpatutan.  Nak makan pun senang sebab ada restoran yang beroperasi sampai malam.




Teratai Putih Restaurant & Resort




Baru sampai....depan bilik
Pose sebelum shopping di Padang Besar




Saturday, February 9, 2013

Kelas cantik murid ceria

Tahun 2013 saya ditugaskan menjadi guru kelas 3 jaya.  Tingkat 3 , di blok lama. Cabaran....tak jadi masalah. Dengan penuh bersemangat sebelum sesi persekolahan bermula tahun 2013 saya dah membawa anak-anak untuk membantu menghias kelas. Alhamdulillah hari pertama dah siap walau tak sepenuhnya. Sekurang- kurangnya murid gembira ....guru yang masuk mengajar pun rasa selesa.  Selepas rehat hari pertama dapat pujian dari guru besar.  Sebelum balik gpk 1 ucap tahniah.....alhamdulillah, hilang rasa penat.  Anak murid pun bagi respon positif, bagi sokongan lagi untuk hias kelas.