Catatan lepas tak habis lagi. Dah jumpa bilik, puaslah pulak mengangkat barang-barang. Murid-murid jadi mangsa lagi...kasihan. Cikgu-cikgu perempuan terus menyediakan bekalan yang dibawa untuk sarapan merangkap mkn tengah hari. Cari punya cari...oppss!!!! bekalan ketupat tak ada. Nak makan apa???? Cikgu Rohana terus menghubungi ketua rombongan. Apa nak dikata? Cikgu Zul terus menelefon Uncle Ganesan.....dah jauh bas meninggalkan kami tapi Uncle Ganesan tak keberatan untuk menghantar bekalan kami, alhamdulillah dapatlah murid-murid makan.
Petangnya kami pergilah round-round Cameron sampai tak larat rasanya. Malam baru balik semula ke apartmen. Ada cerita lagi, baru cikgu-cikgu nak berehat....murid perempuan mengadu pintu bilik terkunci, kuncinya tertinggal dalam bilik. Haaa....dah tak mampu kata apa-apa, kami semua ketawa, kenapalah tak habis-habis ditimpa malang. Sangkak namanya! Malam ada cerita lagi, cikgu-cikgu lelaki keluar dengan Uncle Ganesan, balik pintu apartmen mereka tak boleh dibuka. Panggil murid-murid yang ada didalam semua dah tak sedar.....padan muka! tu lah tinggalkan kami lagi.
Pagi, semuanya ok cuma nak balik kena angkut barang lagi. Jauh pulak tu, bas tak boleh parking kat dalam. Bas bantuan yang mengganti bas yang rosak nampak ok. Driver kasihan dengar cerita kami.... dia bawa kami pusing-pusing cameron lagi. Tanpa diduga , air cond bas yang kami naiki pulak rosak......murid-murid lelaki sampai buka baju. Tapi akhirnya kami selamat juga kembali ke Batu Pahat.
Kami beruntung kerana tak semua orang boleh dapat pengalaman begini. Rakan-rakan guru yang pergi....kalian memang THE BEST!
No comments:
Post a Comment