Friday, November 23, 2012

Panorama Langkawi....hari pertama




                                                 
Banyak lagi gambar-gambar yang diambil di sini, tp saya tak uploadkan semua.  Selain dari cable car, ada banyak gerai menjual cenderamata di sini.  Pengunjung juga boleh menunggang kuda, menunggang gajah, melakukan aktiviti flying fox dan memberi makan kepada ikan-ikan.


Catatan seterusnya, saya akan uploadkan gambar-gambar semasa menaiki cable car

Thursday, November 22, 2012

Langkawi.... hari pertama

Anak-anak melihat pemandangan laut dari dalam feri

 Saya telah membeli tiket feri sehari sebelum bertolak ke Pulau Langkawi.  Harga tambang feri dari Jeti Kuala Kedah ke Langkawi RM23 (dewasa) dan RM 17 (kanak-kanak).  Masa yang diambil untuk sampai ke Pulau Langkawi lebih kurang satu setengah jam.  Penat juga duduk dalam feri.

Mercu tanda Pulau Langkawi


Sampai saja di Pulau Langkawi , kami terus menghubungi rakan yang telah menempah bilik dan kereta untuk kami.  Pengunjung Pulau Langkawi memang ramai, sesiapa yang nak berkunjung ke sana pada musim cuti dinasihatkan membuat tempahan tempat penginapan dan kenderaan terlebih dahulu.  Kalau ada kenalan lebih baik,...maklumlah masa ni ada yang ambil kesempatan menaikkan harga sewa kenderaan dan tempat penginapan.  
Inilah kereta sewa kami....Mitsubishi Space Wagon, hubby dah jatuh hati dengan kereta ni

Destinasi pertama kami di Langkawi.....beli tiket jam dua, pukul 5.00 petang baru dapat naik cable car
Harga tiket untuk 4 dewasa dan 3 kanak-kanak (RM119)  Oklah, berbaloi.  Sementara menunggu masa naik cable car, apalagi..... photo shoot time.  Saya uploadkan gambar pada catatan seterusnya ya.....



CUTI LAGI....







Makan tengah hari  di sini.....
Banyak sangat....tak tau yg mana satu
Mcm2 ada di sini, tp mood shopping blm ada
Saya dan keluarga baru saja balik dari jalan-jalan makan angin sekitar pantai barat Semenanjung Malaysia.  Penat belum hilang lagi.  Tak sabar untuk berkongsi pengalaman rasanya.  Sekurang-kurangnya pengunjung blog saya boleh mendapat sedikit maklumat sebelum memulakan perjalanan.  Cuti sekolah pun panjang lagi....pergilah jalan-jalan merehatkan fikiran.  Destinasi percutian kami sekeluarga kali ini ialah Pulau Langkawi.  Sebelum ke Langkawi, kami singgah semalam di rumah kenalan lama di Kuala Nerang, Kedah.  Kami sekeluarga sempat mengunjungi Pekan Rabu dan Menara Alor Setar.  


Sunday, November 11, 2012

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

Walaupun dah selalu pergi ke Melaka tapi tak pernah rasa jemu.  Anak-anak pun suka ke Melaka.  Masa cuti Hari Raya Aidiladha tahun lepas saya ke Melaka.  Bawa anak-anak naik cruise menyusuri sungai Melaka.  Terpegun tengok keindahan bangunan yang dipenuhi dengan lukisan mural.  Cantiknya Malaysia.  Kg. Morten pun dah naik taraf.




Masa ni tengah tunggu giliran naik cruise......dah tak sabarlah tu

Posing masa baru naik cruise



Kg. Morten













Pemandangan cantik di kiri dan kanan sungai














Lukisan yang cantik tu melindungi kain-kain yang bersidaian di belakang bangunan.

Penuh dengan gambar post saya kali ni.....cantik, rasa macam nak upload semua gambar.  Bila ada kesempatan saya akan ke sini lagi.  Tenang rasa fikiran.  Orang kata kalau waktu malam lagi cantik....bila nak pergi ya?  Kalau pergi ke Melaka jangan lepaskan peluang ini.  Kalau anda meminati seni,,,,lagi tak rugi.


Cuti-cuti Malaysia

Pantai Pasir Lanun Mersing
Endau Beach Resort
Air Papan Resort
Tg Leman Resort










Cuti persekolahan hujung tahun datang lagi.  Dah menjadi rutin kami sekeluarga, pantang ada masa mesti pergi jalan-jalan.  Orang kata" banyak duit bolehlah...." Bukan macam tu, nak tunggu banyak duit bila nak berjalan, ikutlah budget.  Lepas duit minyak dan penginapan ok lah.  Makan dan shopping lbh kurang.  Anak-anak dah faham....syukur tak meminta macam-macam, yang penting dapat jalan-jalan tengok tempat orang.  Saya uploadkan beberapa foto tempat-tempat yang pernah kami kunjungi dolu-dolu, gambar terkini tunggu.......

Gunung Ledang Resort.....pemandangan dari bilik
Air terjun Gunung Ledang
Pantai Air Papan
Endau Beach Resort

Lawatan SK Penghulu Salleh ke Cameron Highland (2)

Catatan lepas tak habis lagi.  Dah jumpa bilik, puaslah pulak mengangkat barang-barang.  Murid-murid jadi mangsa lagi...kasihan.  Cikgu-cikgu perempuan terus menyediakan bekalan yang dibawa untuk sarapan merangkap mkn tengah hari.  Cari punya cari...oppss!!!! bekalan ketupat tak ada.  Nak makan apa????  Cikgu Rohana terus menghubungi ketua rombongan.  Apa nak dikata? Cikgu Zul terus menelefon Uncle Ganesan.....dah jauh bas meninggalkan kami tapi Uncle Ganesan tak keberatan untuk menghantar bekalan kami, alhamdulillah dapatlah murid-murid makan.

Petangnya kami pergilah round-round Cameron sampai tak larat rasanya.  Malam baru balik semula ke apartmen.  Ada cerita lagi, baru cikgu-cikgu nak berehat....murid perempuan mengadu pintu bilik terkunci, kuncinya tertinggal dalam bilik.   Haaa....dah tak mampu kata apa-apa, kami semua ketawa, kenapalah tak habis-habis ditimpa malang.  Sangkak namanya!  Malam ada cerita lagi, cikgu-cikgu lelaki keluar dengan Uncle Ganesan, balik pintu apartmen mereka tak boleh dibuka.  Panggil murid-murid yang ada didalam semua dah tak sedar.....padan muka! tu lah tinggalkan kami lagi.

Pagi, semuanya ok cuma nak balik kena angkut barang lagi.  Jauh pulak tu, bas tak boleh parking kat dalam.  Bas bantuan yang mengganti bas yang rosak nampak ok.  Driver kasihan dengar cerita kami.... dia bawa kami pusing-pusing cameron lagi.  Tanpa diduga , air cond bas yang kami naiki pulak rosak......murid-murid lelaki sampai buka baju.  Tapi akhirnya kami selamat juga kembali ke Batu Pahat.

Kami beruntung kerana tak semua orang boleh dapat pengalaman begini.  Rakan-rakan guru yang pergi....kalian memang THE BEST!

 

Lawatan SK Penghulu Salleh ke Cameron Highland


Kenangan 2012 yang mungkin takkan dilupakan.  Rakan-rakan yang turut sama cikgu zul, cikgu kassimi,
cikgu muda, cikgu khai, cikgu rohana dan  cikgu
asemah.  Berbagai dugaan kami tempuhi..... pertamanya bas rosak sebelum sampai di tanah rata. Setelah hampir dua jam menunggu,akhirnya bas gantian datang untuk mengambil kami. Alamak basnya....tanpa aircond, tempat duduk pun tak cukup untuk 40 orang. Syukur drivernya baik. Uncle Ganesan, jasamu tetap dikenang....ewah.
Dah dapat bas gantian....penatnya tak dpt nak kata, harapan nak sampai cepat ke tempat penginapan. Kasihan murid-muridku masih belum bersarapan, jam dah hampir pukul dua.  Apartmen yang ditempah oleh guru yang menguruskan lawatan pula tak kami temui....tempatnya pun jauh dari pekan tanah rata.  Hancur harapan kononnya malam nak jln mengeteh.  Tunggu punya tunggu datanglah wakil tuan apartmen menjemput kami.  Bilik tingkat empat.....haaaaaa...nak angkut barang lagi.  Belum habis lagi dugaan kami.

Duduk sambil mendengar taklimat daripada ketua rombongan
Ni lah apartmen tempat penginapan kami.......ok la
Serius berbincang....
Produk segar dari ladang....