Thursday, December 17, 2015

Penang

Kali ni nak share percutian singkat ke Penang. Hampir tujuh tahun tak ke sana. Kali ni, pergi melalui jambatan kedua...bagi yang tak mahu melalui kesesakan lalu lintas memang sesuai mengikuti jalan ni.  Pagi lagi dah sampai, destinasi pertama Muzium Hantu. Di Penang ni kebanyakan tempat menarik terletak di jalan-jalan kecil. Jenuh juga mencari.


Tiket masukrm18, agak berbaloi untuk anak-anak. Banyak patung- patung hantu yang dipamerkan. Ada kostum disediakan untuk sesi foto.

Keluar dari muzium hantu terus ke hotel Cititel. Hmmm...dah penat rehat dulu. Sebelah petang, singgah makan di restoran mamak depan hotel. Walaupun pernah ke Penang tapi tak pernah menginap kawasan bandar. Mana arah tujuan pun tak tahu. Penat punya pasal, ambil keputusan untuk sewa beca. Setangah jam rm20....dibawa ke mana-mana nak pergi. Pendekkan cerita, antara tempat yang dikunjungi 3D time tunnel, pasar chowrasta, muzium coklat, art street.

Thursday, June 4, 2015

Wednesday, June 3, 2015

Cameron Highlands 2015 (2)

Seawal 6 pagi, anak-anak dah sibuk mengajak ke swimming pool.

Berdua je di kolam renang jam 8 pagi

Lebih kurang jam 11 pagi kami check out dari hotel Copthorne.  Singgah di beberapa lokasi berhampiran...layan gambar seterusnya
Petang kami check in di hotel nova residence. Hotel ni bersebelahan je dengan hotel copthorne. Besar biliknya,,,harga di agoda rm320 .Hotel baru...di bawah ada shopping lot, tapi masih banyak yang kosong.
Rehat sekejap di hotel...kami keluar pula ke bee farm, butterfly farm dan pasar malam brinchang. Banyak sikit berbelanja, maklum esok dah nak balik. 

Cameron Highlands 2015

Dah lama tak menulis di blog.  Nak cerita percutian sebelum ni dah tak best...hmmmm ni tengah segar.  Sebenarnya tak bersemangat nak berjalan cuti pertengahan tahun ni sebab bajet kureng...huhuhu , lagipun awal bulan Mei baru ke Teluk Cempedak dan Gambang.  Akhirnya Cameron Highlands... dah tiga tahun tak berkunjung ke sini.  Penginapan dah ditempah awal melalui agoda satu malam di Copthorne Hotel dan satu malam di Nova Residence. Ni baru malam pertama...cerita pasal Copthorne dulu ya.

Dulunya dikenali sebagai Equatorial Hotel. Bersebelahan dengan Kea Farm. Yang bestnya hotel ni ada tempat parking yang luas.  Bilik yang ditempah ni harganya RM 190. Dua katil single, luaslah juga. Kami sekeluarga 7 orang masih selesa.  Hotel ni juga ada indoor swimming pool. Sukalah anak-anak.

Check in macam yang lain- lain pukul 3 petang, tapi disebabkan kami dah sampai seawal 9 pagi, pukul 11 pagi pihak hotel dah benarkan check in.

Kami tak ambil pakej beserta makan, pagi dah bersarapan di medan selera Brinchang, tengah hari makan makanan yang dibeli di Kea Farm. Okeylah untuk hilangkan lapar....keledek goreng, cendawan goreng dan kepak ayam bakar. Makan malam macam-macam menu ikut selera masing-masing,  dibeli di pasar malam Brinchang. Jarak dari Copthorne hotel ke pasar malam Brinchang jauh juga, tak boleh jalan kaki. Biasalah mata dah memandang macam-macam di pasar malam  Brinchang.... terjebak jugalah membeli cenderamata untuk kawan-kawan.  Malam dah penat, rehat di hotel. Layanlah gambar-gambar ke tempat yang kami lawati hari ni. Ladang teh Cameron Valley,  Cameron Lavender.  Masuk ke Camerom Lavender ni berbayar  rm 6 dewasa, rm 4 untuk kanak-kanak. Nak tahu apa yang ada kat dalam, bayar pun bayarlah.


Ladang teh cameron valley

Cameron Lavender......segar mata tengok bunga-bunga