Kali ni nak share percutian singkat ke Penang. Hampir tujuh tahun tak ke sana. Kali ni, pergi melalui jambatan kedua...bagi yang tak mahu melalui kesesakan lalu lintas memang sesuai mengikuti jalan ni. Pagi lagi dah sampai, destinasi pertama Muzium Hantu. Di Penang ni kebanyakan tempat menarik terletak di jalan-jalan kecil. Jenuh juga mencari.
Tiket masukrm18, agak berbaloi untuk anak-anak. Banyak patung- patung hantu yang dipamerkan. Ada kostum disediakan untuk sesi foto.
Keluar dari muzium hantu terus ke hotel Cititel. Hmmm...dah penat rehat dulu. Sebelah petang, singgah makan di restoran mamak depan hotel. Walaupun pernah ke Penang tapi tak pernah menginap kawasan bandar. Mana arah tujuan pun tak tahu. Penat punya pasal, ambil keputusan untuk sewa beca. Setangah jam rm20....dibawa ke mana-mana nak pergi. Pendekkan cerita, antara tempat yang dikunjungi 3D time tunnel, pasar chowrasta, muzium coklat, art street.